Friday, 27 January 2012

Husband and Wife...

Any articles pertaining marriage management fascinates me each time..No matter how the same advices has been repeatedly told, I will still admire it.And today, another link from Facebook about "Urusan Rumahtangga Adalah Tanggungjawab Suami,Bukan Isteri" boosted my adrenalin level even higher...aahh..cut it short..nah....Here is his article...yes...written by a gentleman himself.

********************************* Start *************************************** 


Hai dan Salam Hormat kepada anda yang masih setia menjadi pembaca blog KursusPerkahwinan.Com saya ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan. Memang saya amat menghargai masa yang anda sudi luangkan untuk membaca dan menambahkan ilmu berkaitan hubungan rumahtangga yang amat penting ini.

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi satu perkara yang tidak kurangnya penting bagi menjamin sesebuah hubungan perkahwinan agar terus kekal.

Mungkin apa yang bakal saya kongsikan pada kali ini bertentangan dengan pendapat majoriti dikalangan kita. Terutamanya bagi suami. Walaupun saya sendiri adalah kaum lelaki, tapi saya tidak pernah mengutarakan pendapat yang ‘berat sebelah’.

Sebenarnya, segala urusan hal-ehwal rumahtangga pada asalnya terletak di bahu suami.
Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-
  • Menjaga anak
  • Menyediakan makan-minum isteri
  • Mengurus segala keperluan rumahtangga
  • Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
  • Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya
Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU. Dalam kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tututan kerja di pejabat.

Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.  

Hal ini sejajar dengan salah-satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa: ‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’

Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.

Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.
Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.

Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat. Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit kepala ketika dia pening serta bagi la dia makan ubat ketika dia sedang sakit.

Ok, sekian sahaja perkongsian saya buat kali ini. Semoga suami-suami di luar sana mula sedar akan perkara ini.

********************************* End *************************************** 
 
There...I know you wifeys are smiling wide right now kan...Besar sungguh darjat kaum hawa di dalam Islam.Selama ini, we the woman were 'brain washed' with totally the opposite.
Relating to the above article, here is ONE example I would like to share ...My dear husband,yes, memang he helps around the house and all..and he is very particular in getting the 'best' for his family...even kan ke plastic sampah (for kitchen use) pun he would get yang the 'best'...


Ha...bagus kan..memang usually I beli from Giant pun yang biodegradable punya..tapi plain ja..takde gambar earth and tulisan - tulisan macam ni...Bagus sungguh husband I pi beli plastic sampah during his lunch hour ...TAPI...for crying out loud...tak perlu lah saiz macam ni cik abang...Tong sampah kat dapur tuh cenonit je...


Sampai boleh muat masuk Dahlia dalam plastic...Walaupun he checked the point of  "Mengurus  keperluan rumahtangga" ....bila sesekali minta tolong beli plastic sampah..besar macam ni la jadinya ...


The night he came home with this ...I did not know how to react...seriously....nak marah ke? nak merajuk ke? nak gelak ke? frustrated ke? ...Hadoiiiiii...Anyway, thank you dear for the initiative shown. I still adore you dearly. 

A little confession : Memang husband kita (I lah) ada uruskan hal rumahtangga seperti stated in the article, and no doubt we are very grateful and lucky to have our husbands helping around, tapi most of the time, it will ended up, kita juga yang buat...either keja depa tak complete or the job done is not up to our liking... Or better still macam kes di atas, beli saiz yang gedabak besar terus!!!!

(hehehe..jangan marah kaum husband..we all masih berterima kasih atas usaha keras anda)


No comments: