Tuesday, 27 August 2013

Solat Dhuha, Doa dan Cara Melaksanakannya secara ringkas

Bismillahirahmanirahim....

Lately, asyik sahaja I solat isyak pada hujung waktu..kadang-kala asyik terlepas untuk solat tahajud ...Astaghfirullahulazim...Geram!!!Terlalu sangat ikutkan nafsu tidur :'( Menyesal..Terasa marah pada diri sendiri coz I let the satan win!!! :'(

Tetapi as we all sedia tahu, Allah Maha Melihat lagi Maha Pengasih bukan? He gave me yet another reminder to boost my semangat...I terbaca satu post on FB that sounds like this..."Everyone wants their prayers to be answered on time, but no one wants to pray on time" ...Terasa sungguh seakan-akan pesanan ini ditujukan pada diri I...Alhamdulillah Allah masih sayang and masih lagi memberi peringatan pada diri yang lalai ini...

And alhamdulillah,baru sahaja diri menunaikan solat sunat dhuha dan alhamdulillah terbuka hati untuk berkongsi amalan yang tampaknya ringan ini. Solat dhuha selalunya dikaitkan dengan rezeki, beringatlah my dear brothers and sisters, rezeki tidak semestinya harta dunia.

Seringkali I remind myself too of the purpose of me performing solat dhuha ini. Bukan semata-mata berhajat pada rezeki wang dan harta , I instill juga permintaan/kesyukuran rezeki akal fikiran yang waras, rezeki perasaan yang baik and rezeki kekuatan Allah s.w.t bagi untuk kita menadah tangan padaNya ..and banyak lagi rezeki yang tidak kita sedar Allah s.w.t limpahkan pada kita..rezeki supaya keluarga hidup aman damai , rezeki supaya tidak ada behasad dengki , supaya Allah s.w.t terus memberi rezeki kekuatan badan dan hati untuk memperbaiki diri..supaya rezeki perlindungan diberi,supaya rezeki-rezeki ini terus berkekalan dunia akhirat dan juga di alam kubur nanti ...insyaAllah...in fact, kita harus bersyukur di dalam solat Dhuha kerana diberi rezeki  keinginan/kemahuan untuk solat dhuha itself..just think about it..the rezeki of ability of thinking pun Allah swt yang bagi..the rezeki untuk menangis kerana bersyukur pun rezeki Allah bagi..rezeki penglihatan and rezeki membaca blog I ni pun rezeki Allah bagi you all....
Amboi, ayat macam la hebat sangat blog I ni kan ;p Hmm ...mungkin ini saluran rezeki ilmu kepada hambaNya..MasyaAllah..Allahuakbar.. :')

Well enough said la eh. I'm not fit pun to talk so much about something that Im not in depth with..so here is the whole post from a source here for our further readings... Semoga kita dirahmati Allah s.w.t dengan sedikit ilmu yang dikongsi ini..amin...

Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kekayaan yang bertimbun dan kedudukan yang tinggi tidak menjamin keberkatan hidup yang hakiki.

Sering kita lihat orang yang rezekinya melimpah-ruah membelanjakan kekayaan mereka ke jalan sesat dan mengingkari perintah Allah sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya makan rezeki yang baik dan jangan sesekali mengikut jejak syaitan.

Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha. 

Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

Ruang Waktu dan Waktu Afdal 

Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Perlaksanaan
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.






















Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Nota:
  
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.

Berkenaan doa pula, boleh baca  mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.

Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Wallahualam...



Tuesday, 6 August 2013

Jantung nyawa :)

Bismillahirahmanirahim....

*missing-her-so-much mode*





Friday, 2 August 2013

Bersabarlah sayang

In the name of Allah, the Most Beneficent,the Most Merciful....

"Children used as sniper targets in Syria,says UN" ....We have seen it on the news..We have seen it on the social media..We have seen it on almost every medium that we can reach out to..and for the love of Allah s.w.t, without fail, mengalir air mata ditikam simpati..mengalir air mata ditikam kekesalan..hanya doa sebagai pengganti , kepada saudara kepercayaan hidup dan mati...

Kepimpinan apakah begini? We dont need a fool to tell that he is indeed 'weak'. Menyampah..geram!! Looking at all of them (al-Assad's regime), not only wrathfully, but quizzically....dimanakah hati!!!Dimanakah hati!!!!Dimanakah hati!!!!

"Allah has set a seal upon their hearts and upon their hearing, and over their vision is a veil.And for them is a great punishment. And of the people are some who say, "We believe in Allah and the Last Day," but they are not believers". ( Surah Al-Baqarah, verse : 7,8)

"(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman". ( Surah Al-Baqarah, Ayat: 7,8)

The civil war has been intensified,so viciously, pegging over 100,000 death toll including women and children . I have no much knowledge on Syria's political issues, but I know that Nabi Muhammad s.a.w would NEVER lay even a finger to children and women..in fact, he strongly and firmly warned us no children and women should be harmed. What more to be killed in a battle war seperti ini...sesatnya alahai...

You may read on the interview with the man behind all this whole mess HERE (unless 'somebody' remove or bring the link down). *Wallahualam on the kesahihan interview, its from the Syria national broadcaster*

Meanwhile, nothing country related matter..hanya sebagai seorang manusia..seorang wanita...seorang ibu....
Luluh hati melihat , membaca rencana tentang kekejaman of these heartless army yang mendera kanak-kanak kecil, menyembelih sepertinya mereka binatang habuan, memukul wanita, menghina, mendera dan menceroboh kesuciannya...tidak sanggup to even membayangkan jeritan kanak-kanak perempuan yang menjadi tahanan..yang menjadi tempat melepas geram hawa nafsu wallahualam...yang dibiarkan terlanjang kesejukan di pertengahan medan dijadikan bahan umpan...laungan kemarahan kanak-kanak lelaki didera dihenyak..disepak lebam mukamu wahai tentera kecil Islam..sakitnya alahai terobek badanmu, terbelah hatimu dengan senjata manusia sesat......manusia sesat yang sanggup melihat wajah cemik tangisanmu teresak-esak...

Bersabarlah sayang....mengucaplah ...mengucaplah...mengucaplah Lailahaillallah ... kemenangan menanti sayang di 'sana' inn-sya-allah...

Bersabarlah sayang...sesungguhnya kami tidak lepa dari mengingati keperitanmu..Maafkan kami wahai anak-anak....kerana tidak dapat menawarkan dua tangan ini untuk melindungimu...tidak dapat menawarkan dua tangan ini untuk memelukmu, tidak dapat menawarkan dua tangan ini untuk menyuap makan minummu...tidak dapat menawarkan dua tangan untuk merawat luka di badanmu..tidak dapat menawarkan dua tangan ini untuk mengusap kepalamu..tidak dapat menawarkan dua tangan ini untuk mencapai tangan kecilmu..tidak dapat menawarkan dua tangan ini untuk menyahut jeritanmu...tidak dapat menawarkan dua tangan ini untuk membelai dan mencium wajahmu...maafkan kami..........Kerana tidak dapat menawarkan dua tangan ini untuk memandikan jasadmu...

Tetapi remember this my dear darlings....with these two hands, kami mendoakan imanmu diteguhkan.. taqwa and sabarmu dikuatkan....kepercayaanmu pada Islam dikukuhkan....agar tidak tunduk pada yang sesat...supaya berbahagia di temani oleh makhluk kesayangan Allah s.w.t...amiin..

Bersabarlah sayang...sesungguhnya  victory is on our way...it may or may not be in this world..but for sure it will be in the akhirat...bersabarlah sayang...Allah s.w.t melihat segala-galanya....

Seandainya kedua tanganku ini dapat membawa kamu semuanya kesini......untuk menyambut syawal bersama kami......to live with us.....If only I could dear babies .....  :'( Maafkan mami dear babies....
....Salam menyambut Aidilfitri....

Dear readers, for some yang punyai niat to spend a little something to help these children, you are much welcome to do so at Pertubuhan Ikram Malaysia melalui akaun Bank Islam 12029-01006-3512...
Website : IKRAM

Some of the pictures I googled today ......rasa macam hendak adopt semuanya  :'(














Be strong sayang....Allahuakbar.....