Tuesday, 27 August 2013

Solat Dhuha, Doa dan Cara Melaksanakannya secara ringkas

Bismillahirahmanirahim....

Lately, asyik sahaja I solat isyak pada hujung waktu..kadang-kala asyik terlepas untuk solat tahajud ...Astaghfirullahulazim...Geram!!!Terlalu sangat ikutkan nafsu tidur :'( Menyesal..Terasa marah pada diri sendiri coz I let the satan win!!! :'(

Tetapi as we all sedia tahu, Allah Maha Melihat lagi Maha Pengasih bukan? He gave me yet another reminder to boost my semangat...I terbaca satu post on FB that sounds like this..."Everyone wants their prayers to be answered on time, but no one wants to pray on time" ...Terasa sungguh seakan-akan pesanan ini ditujukan pada diri I...Alhamdulillah Allah masih sayang and masih lagi memberi peringatan pada diri yang lalai ini...

And alhamdulillah,baru sahaja diri menunaikan solat sunat dhuha dan alhamdulillah terbuka hati untuk berkongsi amalan yang tampaknya ringan ini. Solat dhuha selalunya dikaitkan dengan rezeki, beringatlah my dear brothers and sisters, rezeki tidak semestinya harta dunia.

Seringkali I remind myself too of the purpose of me performing solat dhuha ini. Bukan semata-mata berhajat pada rezeki wang dan harta , I instill juga permintaan/kesyukuran rezeki akal fikiran yang waras, rezeki perasaan yang baik and rezeki kekuatan Allah s.w.t bagi untuk kita menadah tangan padaNya ..and banyak lagi rezeki yang tidak kita sedar Allah s.w.t limpahkan pada kita..rezeki supaya keluarga hidup aman damai , rezeki supaya tidak ada behasad dengki , supaya Allah s.w.t terus memberi rezeki kekuatan badan dan hati untuk memperbaiki diri..supaya rezeki perlindungan diberi,supaya rezeki-rezeki ini terus berkekalan dunia akhirat dan juga di alam kubur nanti ...insyaAllah...in fact, kita harus bersyukur di dalam solat Dhuha kerana diberi rezeki  keinginan/kemahuan untuk solat dhuha itself..just think about it..the rezeki of ability of thinking pun Allah swt yang bagi..the rezeki untuk menangis kerana bersyukur pun rezeki Allah bagi..rezeki penglihatan and rezeki membaca blog I ni pun rezeki Allah bagi you all....
Amboi, ayat macam la hebat sangat blog I ni kan ;p Hmm ...mungkin ini saluran rezeki ilmu kepada hambaNya..MasyaAllah..Allahuakbar.. :')

Well enough said la eh. I'm not fit pun to talk so much about something that Im not in depth with..so here is the whole post from a source here for our further readings... Semoga kita dirahmati Allah s.w.t dengan sedikit ilmu yang dikongsi ini..amin...

Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kekayaan yang bertimbun dan kedudukan yang tinggi tidak menjamin keberkatan hidup yang hakiki.

Sering kita lihat orang yang rezekinya melimpah-ruah membelanjakan kekayaan mereka ke jalan sesat dan mengingkari perintah Allah sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya makan rezeki yang baik dan jangan sesekali mengikut jejak syaitan.

Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha. 

Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

Ruang Waktu dan Waktu Afdal 

Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Perlaksanaan
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.






















Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Nota:
  
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.

Berkenaan doa pula, boleh baca  mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.

Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Wallahualam...