Monday, 30 September 2013

Time is not gold anymore

Bismillahirahmanirahim...



Our long overdue raya picture... A photo, a very little moment spent for a life long memory insyaAllah..

"Dah besar lah Dahlia" , "Sekejap je lagi nak masuk 3 tahun dah Dahlia" "Cepatnya masa",

Dari kecil lagi kita semua sudah dibiasakan dengan peribahasa "Masa itu emas" ...hmmm..di zaman sekarang ini, I strongly feel masa itu lebih berharga dari emas sebenarnya. Nilai emas pada masa kini worth nothing to me now.

"Dahlia kat rumah selalu ke macam ni?" "Dahlia kat rumah selalu ke macam tu?" "U tak bagi vitamins XXX ke kat Dahlia?" "You tak itu ke?" " You tak ini ke?","Eee..you better jaga Dahlia betul-betul?"...goshhhh....please stop asking me what I do and what I dont do for my kid(s).

As a working-mother, I would give a defensive response when people talk about raising children the right way. About personalities of a child yang much depending on the upbringing routines by the parents. With all due respect,it is not an easy tasks when you got to juggle hats in a single day for every single day. 

p/s: Im not saying being a full time housewife is way more easier, but do put yourselves in the working moms' shoes too.We the working moms are an employee+housewife during the day, and a housewife during the night. So please dont judge me on how Im raising my kid(s). In between office hours pun we all do the groceries,hantar anak sekolah ,pick up anak sekolah...someitmes rushing balik rumah untuk rendam mihun lah, rendam baju lah...and after working hours, arrived home, basuh baju,sidai,lipat,vacuum,mop,masak dinner kemas prepare for tomorrow bagai..come to look at it, badan ini jarang sekali dapat goyang kaki bila sampai rumah....hendak tengok cerita hindustan di channel Astro jauh sekali..yang sudah di-record pun sudah berbulan-bulan tidak ditonton..

So please I rayu..dont judge me on how I jaga husband I, how Im raising my kid(s) and how I menjaga rumah tangga I. Don't tell me you are doing better than I do just because you have experienced it the other way. Terguris sangat hati when you kept commenting on everything that I do when it comes to raising dahlia and every single thing that we do.

Berat mata memandang, tetapi berat lagi hati yang merasa when you see your child(ren) are being raised in the hands of others. Jikalau dahulu, ramai anak-anak terpaksa dihantar ke rumah jagaan kerana keluarga yang makan gaji kurang berkemampuan, tetapi lain pula ceritanya sekarang. Keluarga yang makan gaji terpaksa menghantar anak-anak ke rumah jagaan selagi berkemampuan. 

So please I rayu..dont judge me on how Im raising my kid(s). Jangan katakan I lepas tangan just because Im sending her to the nursery. Please dont say I lebihkan harta dunia. You dont know us.

Nabi s.a.w kita bukan lah manusia yang kaya raya dengan harta benda dunia, tetapi baginda juga berusaha untuk menyediakan sesempurna untuk keluarga dan umatnya mengikut kemampuan bukan? Masa memang bukan emas bukan? * fikir lah dalam-dalam

Wallaualam...

Ingatlah,ujian Allah s.w.t datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang dijadikan kaya raya untuk meguji supaya tidak menjadi riak. Ada yang dijadikan sederhana untuk menguji kesabaran..semuanya berlandaskan masa..

Jangan lah memberi nasihat dengan riak...nasihat seolah-olah mengajak semut kerdil terbang..berhati-hati lah dengan nasihat dan kata-kata...

So please,dont judge us on how we are raising our kid(s). My husband and I have our own goals for our child(ren) and we do have our own way of getting to the goals...

So please understand....you may look at time as gold, but time to me is not gold anymore.... you have had your time, now let us have ours...peacefully..

Mind your own time.



































Thursday, 12 September 2013

Ayatul Kursi dan my lipas case

Bismillahirahmanirahim....





It was around 3:15 am that the house alarm at the stairways had triggered. Pertama kali alarm rumah berbunyi. Terjadi bila masa suami tiada di Malaysia pula...Ya Allah..selamatkan kami..itulah kata-kata yang terpacul bila terjaga dari tidur..Bangun yang agak kelam kabut. Dahlia terus melaung nangis minta didukung.Cemik tangisan dan air muka Dahlia masih lagi terbayang-bayang..Berdebar jantung dan tidak henti memikirkan keselamatan kami dua beranak.Kaki hanya berdiri tegak bersandar pada dinding putih.  Menggigil badan tetapi masih menggagahkan diri mendukung Dahlia rapat. She was terrified too I guess.I immediately texted Helmi and mujur syukur alhamdulillah Helmi was reachable di sana (He is in Seattle now on a business matter). Syukur tidak pula diri ini menangis teresak. Hanya kelu seperti batu. Tidak terlintas pula untuk I to switch on the lights until Helmi asked to. Minda terlalu terkejut agaknya.

Bibir tidak henti mengucap and I keep on mengulangi ayat pelindung ini. Suasana rumah diam sunyi sepi. There was no sound of intruders in the house. Just the sound of drizzling rain. Tidak ada sesiapa lain di dalam rumah terdetik di hati. Alhamdulillah. I was then calm ( walaupun pisau dapur sudah di dalam tangan ). 

As I was putting Dahlia back to sleep, tiba-tiba I saw a cockroach sedang terkedek-kedek  di tempat tidur kami. Nafas lega datang membuak lantas diri menjadi sedikit berani. Mungkin ini yang membuatkan alarm berbunyi kata hati. Kata-kata yakin menyedapkan hati.Alhamdulillah. Apajua punca alarm rumah berbunyi tadi, tidak difikir lagi..we are ok now.. I was so relief.

Sambil melelapkan semula mata, akal bergeliga mengesahkan kebesaran Allah swt dengan ayat pelindung-Nya:

1. Allah Maha Pelindung , Maha Melihat seluruhnya ( related to ayat 1 / 9 di dalam ayatul kursi)
2. Allah triggered the house alarm untuk diri ini sedar bahawa telah ada seekor lipas di sekitar ( related to ayat 5 di dalam ayatul kursi)
3. Allah triggered the house alarm untuk diri ini sedar bahawa akan ada seekor lipas di sekitar ( related to ayat 5 di dalam ayatul kursi)
3. Allah triggered the house alarm untuk diri ini mendirikan solat tahajud . Tetapi this morning I terlepas kerana badan terlalu mengantuk. Perhaps due to the demam semalam.. ( related to ayat 2 / 8  di dalam ayatul kursi)
4. Bersyukur sangat-sangat kerana ianya hanya seekor lipas bukan manusia berniat jahat. ( related to ayat 4 /6 di dalam ayatul kursi)
5. Bersyukur sangat-sangat kerana Allah melindungi kami dari kuman lipas yang ntah daripada mana datangnya. ( related to ayat 4 /6 di dalam ayatul kursi)
6. Terasa sungguh kebesaran dan kehebatan surah ayatul kursi, pemberian Allah ....

Tidur lena dalam kesyukuran yang sangat-sangat...atas perlindungan-NYA...

Allah Maha Besar ..obviously proven bukan? Therefore, I urge all muslim to make it a habit to recite this ayatul kursi di dalam setiap masa selagi kita masih bernafas udara-Nya.. Di dalam solat fardu kita jangan dilupa,di dalam solat sunat jangan dilupa..dan sebelum melelapkan mata juga jangan dilupa...bacalah dengan penuh keyakinan bahawa Allah s.w.t akan melindungi kita yang lemah ini..Kerana ianya benar...

Sesungguhnya Allah Maha Melindungi...even to a very minor matter sepertinya kes lipas ini  :)